|
Kelab Reformasi Universiti-keADILan |
|
|
|
|
[gerak-net]
From: majalah detik <[email protected]>
PKN atau Parti keADILan Nasional boleh memberikan sumbangan aktif dalam
mencerahkan budaya politik Malaysia. Tuduhan yang menyatakan PKN akan
memecah-belahkan pengundi atau barisan pembangkang adalah tidak logik &
BEBAL.
Daripada sesi-sesi perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang,
NGO dan tokoh reformasi, saya dimaklumkan PKN memang dialu-alukan dan
menguntungkan pembangkang. Sentimen reformasi dan anti-Mahathir memang
menguntungkan pembangkang. Kewujudan PKN juga bersifat begitu.
Pertama, ramai ahli PKN terdiri daripada SEKTOR BARU kumpulan manusia.
Di majlis-majlis ADIL, PKN dan ceramah reformasi kita lihat ramai anak
muda (lelaki & perempuan) yang mempunyai IMEJ LAIN daripada PAS, DAP
atau Umno. Mereka berambut panjang, ceria, revolusioner, ada stail
"yuppies" tetapi dapat bersembang dan bergandingan dengan rakan-rakan
bukan Melayu dan mereka yang bertudung labuh dan berjanggut. Ertinya,
budaya politik Malaysia (Melayu khasnya) sedang menerima kemasukan
kelompok baru peserta-peserta politik yang aktif. Mereka tentunya bukan
ahli PAS dan juga bukan ahli mana-mana parti. Oleh itu, wajarlah mereka
menyertai PKN atau ADIL. Tanpa PKN, mereka hendak ke mana? Lagi pun,
bukan senang parti-parti sedia ada ini hendak mencelikkan mata mereka
dan memberikan "pendidikan politik" tanpa wujudnya peristiwa reformasi,
ADIL dan PKN. Dari sudut ini sahaja, kita sudah melihat sumbangan aktif
PKN.
Kedua, kemungkinan wujudnya parti baru PKN sebagai pemecah undi adalah
meleset dan lemah sekali. Undi akan pecah dan menguntungkan BN hanya
dan jika mereka (parti-parti pembangkang) tidak bersatu. Kalau wujud
macam APU dan GDR apada 1990 dahulu, maka ia adalah kejayaan yang
menarik. Ertinya, setiap parti memegang SEKTOR-sektor pengaruh &
pengundi tertentu tetapi menghimpunkan semua sumber pengaruh dan
pengundi mereka ke dalam acuan "barisan pembangkang". Apakah ia
mengecilkan pembangkang atau melebarkan lagi pengaruhnya? Hanya orang
bodoh yang tidak dapat menjawab dengan betul.
Ketiga, selain parti-parti sedia ada, PAS dan DAP dengan stigma
masing-masing, PKN wujud sebagai parti majmuk ras (multi-racial) yang
tumbuh dan diterasi oleh pejuang-pejuang yang komited. Mereka mempunyai
hubungan peringkat tinggi, teruji dalam sejarah hubungan mereka,
komited dan tabah dalam perjuangan menegakkan keadilan. Contohnya, Tian
Chua, Irene Fernandez, Dr Chandra Muzaffar, Roslan Kassim dan
rakan-rakan dalam ABIM, JIM serta NGOs lain semuanya sudah bergerak
dengan aktif dan komited. Mereka juga mempunyai hubungan erat-mesra
dengan PAS dan DAP (lebih erat & tulus hubungan mereka berbandingan
dengan DAP dengan PMS46 atau PAS dengan PMS46). Maknanya, parti PKN
ditubuhkan oleh orang berjuang secara jujur dan ikhlas dan telah
terbukti sanggup memikul kepayahan dan keperitan hidup. Parti Melayu
S46 banyak ditunggangi oleh bekas pak-pak menteri dan veteran Umno yang
TERLALU biasa hidup ditatang. PKN lahir, ditunjangi dan disertai di
peringkat akar umbi oleh pejuang-pejuang jalanan yang berani. Sebab
itu, ritual perjuangannya - seperti laungan re-for-ma-si dan
slogan-slogannya - berbau revolusioner. Bukannya nyanyian lagu
buat-buatan untuk upacara rasmi-rasmian.
Catatan ini bukan impian atau wishful thinking. Ia adalah lumrah di
mana-mana perhimpunan, khasnya di Kuala Lumpur. Lagi pun, sebagai
seorang wartawan, saya mempunyai akses yang baik dengan mereka.
PKN memang menguntungkan rakyat & barisan pembangkang.
|





Ke ArahkeADILan